kes ni mule mse awal tahun rituh , dlm bulan
APRIL 2011 ... mse tu aku nga penat-2 balik dr skola then -->
mama : " akk , a_ _ _ dgn e_ _ _ kene tahan gn polis ! dyorg msuk lokap "
aku : " ya allah ! asal pulak nih ? ape yg dyorg buat maa ?? cpe bgitahu ? "
mama : " makngah call td , dy ckp mlm-2 td polis dtg uma dgn LORI BANDUAN then ketuk pintu kuat-2 mcm nk roboh .. polis ckp ad dpt laporan yg a_ _ _ gn e_ _ _ merogol ank org , budak yg mkngah jage "
aku : " eyh , tahu kea dyorg psl merogol nih ? dyorg bru bpe tahun .. bikin panas ni weyy . bpak aa ... "
da 2minggu aku gn mama pun nek KL g uma mkngah kt USJ .. time tuh adk-2 sdare aku da kuar dr lokap , sian dyorg kne tydo lokap 2 hari . tak pasal-2 ann .. adk-2 sdare aku kecil lagi dokk dyorg tak pndai buat sume nih .. mcm hawau gak pmpuan yg buat laporan ni , ape motif dy tuduh adk-2 sdare aku pun aku tak tahu .. MALU bhaii adk-2 sdare aku kt skola !! tde org nk kwn gn dyorg and
CIKGU-2 pun ad yg perli dyorg ..
WTH ><" ade gak cikgu perangai cmni ?? aku cm nak simbah asid jaa cikgu yg prangai cm pundekk ni =='
ADK-2 SDARE AKU DI FITNAH BHAII , dyorg tak buat sume tuh pun .. nages-2 dyorg and bukan dyorg je .. mkngah n pkngah aku pun same .. jiran-2 sekeliling tak payah ckp aa kan , mulut tahu nk buta dosa jaa ><"
aku geram siakk gn fmily pomp[uan celaka tu .. panas hati weyy !! polis siap nk amk
AIR MANI adk sdare aku ? HAHAHAAA :D
klakar bahii , budak kecik tak matang ade air mani kea ?? dyorg sunat pun belum laa :D
last-2 , da siap buat sume kt hospital , dpt tahu
KEMALUAN pmpuan siall tuh tak
RABAK pun !! celaka kan pmpuan tuh ?? paling gle nye
, POLIS TAKNAK AMK TINDAKKAN .. bapakk aaa , famli aku and dy malu siakk .. maruah wey , maruah !! tahu tak maruah kami tercemar :'( knpe kaw tade perasaan , adil kea polis nih ??!!Nah ini aku copy dr new paper psl adk sdare aku.. aku penat nk ckp bnyk , makin bnyk aku ckp , makin bnyk mncarut ><"
2 beradik trauma dituduh perogol
Oleh : NUR FARHANA ABDUL MANAN
Tarikh : November 21, 2011
SUBANG JAYA - Bukan sahaja merasai trauma dan malu akibat dituduh sebagai perogol, dua beradik masing-masing berusia 10 dan 13 tahun, di sini mendakwa turut ‘dipulaukan’ rakan sebaya selepas kedua-duanya ditahan polis atas tuduhan merogol, seorang kanak-kanak, April lalu.
Difahamkan, kedua-duanya ditahan di sebuah pangsapuri, di sini selepas polis dikatakan menerima satu laporan berhubung kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang dijaga ibu kepada dua beradik itu.
Ibu kepada dua kanak-kanak lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ita berkata, dia terpaksa berdepan situasi memalukan dan dipandang serong jiran selama beberapa bulan akibat perbuatan kanak-kanak perempuan asuhannya yang membuat tuduhan merogol ke atas anak-anaknya.
“Pada 19 April kira-kira jam 11 malam, empat anggota polis datang mengetuk pintu rumah memaklumkan mereka ada menerima aduan berhubung kes rogol. Saya dan suami ketika itu sudah tidur dan yang berada di ruang tamu hanya anak perempuan sulong dan anak kedua menonton televisyen.
“Memang terperanjat apabila empat anggota polis itu memberitahu aduan kes rogol membabitkan kedua-dua anak lelaki saya. Polis membawa anak kedua saya (13 tahun) dan meminta saya membawa anak ketiga (10 tahun) yang tidur ketika itu menyusul ke balai kerana berdepan tuduhan sama,” katanya ketika pertemuan bersama Setiausaha Penyelaras Umno Dewan Undangan Negeri (Dun) Kinrara, Amran Ahmad, di sini.
Meskipun terkejut dengan tuduhan berkenaan, Ita dan suami akur dengan arahan pihak berkuasa.
Ita berkata, selepas beberapa jam kedua-dua anaknya disoal siasat, polis kemudian melepaskan kedua-duanya dengan jaminan polis kira-kira jam 2 pagi dan meminta saya hadir membawa anak ke mahkamah untuk dibicarakan pada 4 Mei lalu.
“Belum sampai tarikh berkenaan, anggota polis yang menyiasat kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan tiada sebarang tindakan ke atas kedua-duanya. Saya difahamkan ia kerana laporan pemeriksaan hospital kerajaan dibuat oleh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menunjukkan tiada kesan koyak.
“Saya hendak membuat laporan polis kerana merasa seperti teraniaya, tetapi mereka (polis) tidak membenarkannya,” katanya.
Difahamkan, akibat kejadian itu, suaminya hampir setengah bulan tidak bekerja, malah dia turut kehilangan pendapatan berniaga kuih yang diusahakan secara kecil-kecilan.
Ita berkata, akibat insiden ‘tidak sengaja’ itu, anak-anaknya memberontak dan sering menangis apabila digelar perogol oleh rakan sebaya, malah ada yang mahu memukul mereka.
“Mereka tidak tahu apa itu rogol, saya cuba terangkan kepada mereka, bayangkan bagaimana perasaan saya, kami terpaksa panggil guru kaunseling untuk pulihkan semangat anak-anak,” katanya yang terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk memulihkan kembali trauma dua anaknya itu.
Menurutnya, dia ingin menuntut keadilan untuk anak-anaknya kerana ia membabitkan soal maruah.
“Saya tidak akan maafkan mereka yang menganiaya anak-anak saya, sehingga saat ini, tidak ada yang tampil untuk meminta maaf,” katanya.
Bagi mengurangkan rasa tekanan yang dialami anak-anaknya, Ita memaklumkan pernah meminta guru besar sekolah membuat pengumuman di perhimpunan, namun pengurusan sekolah mahu bukti mengatakan anaknya tidak bersalah.
Bagaimanapun, menurutnya, polis tidak mengeluarkan sebarang jawapan bertulis bagi membuktikan anaknya tidak bersalah, hanya menghantar SMS.
“Kasihanilah anak-anak saya, mereka sudah tidak mempunyai kawan akibat fitnah ditabur, mereka trauma dan sering menangis.
“Saya hendak failkan saman malu kepada mereka untuk beri pengajaran, harap ada pihak yang sudi tampil untuk membantu,” katanya.
AKU NAK KELUARGA PEREMPUAN JAHANAN TUH DISAMAN ABIS ABISAN !! MASUK PENJARA PUN BOLE ! INI BUKAN PERKARA REMEH TEMEH WEYY ><"